Pengurusan
Islam bersifat Rabbani kerana sistemnya adalah berlandaskan kepadasyariat yang
telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlahmerupakan
satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakansatu sistem
yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melaluiperantaraan
Rasulullah yang dilantik dan sudah tentulah Baginda s.a.w menjadicontoh yang
terbaik kepada manusia dalam menguruskan urusan duniawimahupun ukhrawi.
Rasulullah
SAW sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpinyang Maha Tinggi maka
wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gayakepimpinan, dorongan dan
sifat baginda yang penyayang telah berjayamerangsang umat Islam untuk mencapai
matlamat yang dirancang.Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang
berlainan iaitu :
i.
Era
Mekah.
ii.
Era
Madinah.
Era Mekah.
A. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN
DAKWAH
Dakwah secara rahsia
Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwahtelah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya denganNabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai BagindaSAW.Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :-
i.
Khadijah
binti Khuwaylid (isteri Baginda)ii.
ii.
Zayd
bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)iii.
iii.
Ali
bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan dibawah jagaan
Baginda)
iv.
Abu
Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)
Seterusnya bilangan yang
memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannyamelebihi 40 orang. Walau
bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilanganmereka di kalangan para
ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelarsebagai al-Sabiqun
al-Awwalun.Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat.
Sepanjangtempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang
memeluk Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula
mengetahuidakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan,
namunmereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil
dakwahNabi Muhammad SAW.
Dakwah
secara terbuka
Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada beberapa langkah :
1. Memanggil
Bani Hashim.
Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin 'Abd
Manaf.Sebelum Nabi SAW berucap,Abu Lahab terlebih dahulumemberikan ucapan
denganmeremehkan Nabi SAW.
2. Baginda memanggilmereka
kali kedua.
Kali ini,Abu Talib telah mengatakan
Kali ini,Abu Talib telah mengatakan
bahawa
sokongan akandiberikan terhadap apa yangdiucapkan oleh Nabi SAW.
Selesai Nabi
Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit,
“ Celaka
engkau seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?”
Kemudian turunlah
ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.
2. Terus terang kepada orang ramai
(umum)
Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa danmenyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy. Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagaipenyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.
B.
PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN
Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya. Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Pada masa wahyu pertama diturunkan
oleh Allah SWT di kota Mekah hanya terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang
tahu membaca. Namun pandangan Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat
dalam tindakan bijaknya apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang
ditangkap dalam Perang Badar. Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan
mengajar 10 orang kanak-kanak Islam Madinah membaca dan menulis.
Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah
SAW telah berpandangan jauh dengan membuat perancangan terhadap pendidikan
masyarakat Islam pada masa tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat
Islam seterusnya.
Contoh-contoh perancangan Baginda SAW
Dalam Bidang Pendidikan
·
Menyampaikan ilmu Pemdidikan Islam.
Rumah Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yang pertama, iaitu pada 610M. Galakan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukan sekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti menyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat, di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAW sekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan buta huruf.
·
Perintahkan sahabat belajar menulis
Baginda menyuruh agar setiap seorang pemberi pelajaran kepada keluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalah mengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Quran dan tafsirnya , hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan masalah yang baru berlaku dari satu masa.
·
Galakan kepada kaum perempuan untuk
menuntut ilmu
Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya sama-sama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernah mengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isteinya Sayyidah Hafsah menulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama ada lelaki atau perrempuan.
Perancangan Rasulullah sebelum
berhijrah.
Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu :
i.
Mengupah
Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang yang beragama
Islam.
ii.
Memberi
tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Abu Bakar
supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal pulak Quraisy
setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu
Bakar keluar dari rumah mereka. Pada setelah malam, Abdullah pergi berjumpa
mereka berdua untuk memberi perkhabaran tentang orang Quraisy.
iii.
Memberi
tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu ‘Amir bin Quhairah supaya
membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan
tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan mereka minum pada waktu malam.
Era Madinah
Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk, yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi terdiri daripada tiga kabilah iaitu Qainuqa’ , al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan sama ada antara etnik dan kabilah atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala.
Disamping itu pula
orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk
menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan
gawat di Madinah, Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di
Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai
Sahifah al-Madinah.
Rasulullah SAW dalam
merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan
norma-norma masyarakat Madinah ketika
itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam
Madinah.
Membina masjid
Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid dengan harga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas para sahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimen untuk menyatupadukan ummah, sebuah university bagi mengajar soal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untuk kehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dan tempat di mana solat didirikan secara berjemaah.
Program keluarga angkat
Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abad yang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisi yang mempunyai kesan jangka masa panjang dalam menjayakan sesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yang dilakukan oleh nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripada Muhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripada Ansar.
Perjanjian dengan Yahudi
Rasulullah SAW membuat perjanji bertulis dengan yahudi. Dalam perjanji tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiap golongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasan menjalankan syariat agamanya masing-masing dengan dasar saling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajib menjaga dan memelihara utuhnya kedaulatan kota Madinah serta bersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman dan serangan musuh dari luar kota. Mereka akan menjadikan kota Madinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harus terpelihara kesuciannya.
Aspek-aspek utama Piagam Madinah
-
Pengakuan
terhadap Rasulullah SAW sebagai Ketua
Negara yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara
penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara
untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk
menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
-
Semua
penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai
satu Ummah yang tidak terpengaruh
dengan apa-apa elemen yang tidak baik dari luar.
-
Semua
penduduk hendaklah bersatu-padu, bekerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan negaradari apa-apa dserangan musuh.
-
Semua
penduduk diberi kebebasan mengamalkan
agama masing-masing dan tiada
gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
-
Keselamatan semua penduduk adalah
terjamin selama
mereka mematuhi perlembagaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan