Khamis, 18 Februari 2016

IMPLIKASI TAUHID TERHADAP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM

Implikasi Tauhid Terhadap Pengurusan

Sekiranya semangat tauhid dengan kalimah la ilaha illallah ini dijiwai oleh individu muslim dengan sepenuhnya, maka ia akan memberi implikasi yang mendalam kepada kehidupan sehariannya. Secara khususnya, penghayatan konsep tauhid akan memberikan lapan kesan utama terhadap minda, sikap dan perlakuan seseorang muslim.

 Ini kita hubungkaitkan dengan implikasinya terhadap bidang pentadbiran atau pengurusan seperti berikut :

1. Individu muslim akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia akan menjadi seorang pekerja yang beramanah, cekap dan berdisiplin. Dia melihat organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semesta yang tujuan akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

2. Melahirkan insan yang mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang paling tinggi. Dalam organisasi , individu seperti ini akan berani memperkatakan sesuatu yang hak dan benar,walaupun ini boleh menjejas kedudukannya. Walaupun demikian, sekiranya ini perlu dilakukan di hadapan seorang ketua, ia hendaklah dilakukan dengan cara yang hikmah.

3. Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Ia tidak bersikap sombong, angkuh dan bongkak walaupun mempunyai kuasa atau autoriti dalam organisasi. Sikap pekerja atau pengurus seperti ini akan dapat membentuk budaya kerja yang dicirikan oleh semangat hormat-menghormati, prihatin dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

4. Konsep tauhid akan menjadikannya manusia itu orang yang soleh, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Individu tersebut percaya dia tidak akan menempah kejayaan melainkan dia mengikut perintah Allah SWT. Keyakinan seperti ini sudah tentunya akan menjadikan seseorang pekarja atau pengurus itu mengamalkan nilai-nilai murni, amanah dalam tanggungjawab dan rajin serta cekap menjalankan tugas.

5. Tidak akan mudah putus asa apabila berlakunya musibah ataupun kegagalan

6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi

7. Mewujudkan sikap aman, redha dan menghakiskan sikap dengki, tamak haloba dan iri hati.

8. Membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT



Implikasi yang boleh dikaitkan dengan pentadbiran ialah :

1. Individu muslim akan bersifat terbuka, tidak jumud dan sempit pemikirannya

2. Konsep tauhid akan melahirkan insan yang ada harga diri dan keyakinan diri yang begitu tinggi.

3. Semangat tauhid menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri.

4. Pegangan konsep tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh, berani bertindak dan berdiri tegak dengan kebenaran.

5. Orang yang beriman tidak mudah putus asa apabila ditimpa kegagalan.

6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman, dan kesungguhan yang tinggi.

7. Semangat tauhid mewujudkan sikap aman, reda dan menghakis sikap tamak, haloba dan dengki


8. Konsep tauhid membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan