KONSEP AL-ISTIKHLAF
Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk menjadi pengurus dunia.
Manusia sebagai makhluk Allah bukan sahaja
berperanan sebagai khalifah Allah, malah juga sbagi hamba Allah. Antara
penugasan Allah kepada manusia sebagai pengurus dunia, maka terdapat tiga
pengurus yang akan dibincangkan iaitu:
1.
1. Pengurusan sebagai hamba Allah
1. Pengurusan sebagai hamba Allah
2. 2. Pengurus sebagai Khalifah Allah
3. 3.Pengurus sebagai saudara sesama
islam
Penerangan: PENGURUS SEBAGAI HAMBA ALLAH
Peranan seorang pengurus sebagai hamba
Allah lebih menjurus kepada sikap kepada sikap dan kelakuan pengurus ke arah
perhubungan secara langsung dengan Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang
yang beriman dan baramal soleh. Seorang pengurus islam mesti yakin bahawa Allah
amat Maha Mengetahui terhadap segala tindak tanduk dan perlakuan dirinya kerana
Allahlah yang mencipta dirinya dan manusia yang lain.
Tugas utama pengurus :
·
Beribadah dengan menyerah
seluruh jiwa raganya kepada kepada Allah SWT
·
Bagi menghubungkan dirinya
terus dengan Allah SWT,seorang pegurus seperti manusia yang lain wajib
menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam.
Penerangan: MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
SEBAGAI KHALIFAH.
Kedudukan ini meletakkan individu untuk
menjaga semua kurniaan Allah S.W.T dalam keadaan keadaan yang baik. Dengan
kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan kepada diri
dan orang lain, kerosakan kepada alam sekitar, pembaziran dan pemborosan,
pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli dan lain-lain aktiviti yang
seumpama ini adalah dilarang. Status manusia dalam konteks ini diciptakan untuk
menjaga kurniaan Allah S.W.T dan bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya.
Tentang kedudukan manusia sebagai khalifah ini, Allah berfirman yang bermaksud
:
Penerangan: PENGURUS SEBAGAI SAUDARA SESAMA ISLAM
·
Peranan pengurus sebagai
saudara sesame islam akan memastikan pengurus memperlakukan pekerja sebagai
saudara mereka sendiri. Peranan ini jelas disebut dalam sabda Rasulullah SAW
yang membawa maksud:
“Orang-orang yang bekerja di bawahmu ialah saudaramu. Orang-orang yang
bekerja dibawamu sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu . Seorang yang
mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memberinya makanan daripada apa yang
pakai. Dan para pekerja tidak boleh dibebankan dengan tugas-tugas di luar daripada kemampuan mereka. Jika anda
telah berikan mereka tugas berat,maka anda hendaklah MENOLONG MEREKA”.
Hadis di atas mengandungi
dan menghuraikan beberapa implikasi penting dalam perhubungan pengurus dengan
pekerja dalam pengurusan islam, antaranya:
1.
Islam mengakui autoriti dan
kuasa pengurus untuk memberi arahan dan perintah kepada pekerja,selagi arahan
tersebut berada dalam bidang kuasa pengurus, berkaitan dengan kontrak pekerjaan
dan yang tidak bertentangan dengan ajaran islam
2.
Pengurus mesti menganggap
pekerja sebagai saudara kepadanya.
3.
Seseorang pekerja mempunyai hak
asasi yang mesti dipenuhi oleh majikan seperti hak mendapat upah yang mencukupi
bagi memenuhi keperluan minimum seorang pekerja.
4.
Memberi kerja yang sesuai
dengan kebolehan dan kelayakan pekerja.
5.
Seorang majikan yang memberikan
tugasan yang berat kepada pekerja, perlulah menolong pekerja untuk melaksanakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan