Rabu, 17 Februari 2016

KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM

PENGENALAN

  Pengurusan dan pentadbiran adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, islam mempunyai pandangannya tersendiri mengenai perkara tersebut. Pengurusan islam bukanlah satu bentuk pengurusan yang baru muncul tetapi telah lama muncul walaupun bukan dalam bentuk satu institusi kebajikan,syarikat atau organisasi khusus. Sebaliknya ia telah lahir dalam bentuk pengurusan Negara, mepayar dan pembinaan ummah.

KONSEP PENGURUSAN ISLAM

   Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.


PENGERTIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

DEFINISI PENGURUSAN ISLAM

    Pengurusan dan pentadbiran diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

    Pengurus mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh sajana-sarjana pengurusan. Ada kalanya pengurusan dirujuk sebagai satu proses,yang merupakan usaha pengurus merancang dan menggunakan segala keupayaan untuk mencapai matlamat.




     Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi     pengurusan. Di antaranya :
a) Ahmad Ibrahim Abu Sin
     Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi
     Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey
     Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

d) Harold Koontz & Heinz Wienhrich
     Mentakrifkan pengurusan sebagai proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersama-sama dalam kumpulan ,mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. Sebagai pengurus, manusia menjalankan fungsi pengurusan dalam perancangan, mengorganisasi, pengstafan, pemimpinan dan pengawalan.

e) Wan Azmi
    Berpendapatan bahawa pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan  atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.




MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-
   a) Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan        yang baik sesama insan.
   b) Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
   c) Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
   d) Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
   e) Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu :
I. Pengurus
Ii. Organisasi
Iii. Tatacara Atau Garis Panduan Pengurusan.

Definisi pengurusan seperti yang telah dinyatakan menjelaskan beberapa sebab pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi. Antara keperluan pengurusan termasuklah :

·         --> Tanpa pengurusan, sesebuah organisasi tidak mungkin dapat beroperasi
·               dengan lancar dan bersistematik.
·       
-->  
Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan
·                cekap dan pantas.
·         --> Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang
·                    dikehendaki.
·      
  --?>
Pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan.
·         -->Pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah.

Cara Pengurusan Islam:

   Menitikberatkan pengurusan dari aspek politik ,ekonomi, dan social. Kepelbagaian aspek ini telah digabungkan dengan pengurusan islam higga mewujudkan sesebuah organisasi dan individu yang cukup praktikal dalam melakukan sesuatu kerja atau aktiviti seharian.

   Islam sebagai suata cara hidup yang syumul (sempurna) dengan perundangan yang lengkap untuk menguruskan kesemua urusan hidup manusia.Firman Allah SWT bermaksud:
“Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama islam maka sekali-sekali tidaklah akan menerima darinya dan dia di akhirat termasuk golongan orang-orang yang rugi” (Al-Imran : 85)


SISTEM PENGURUSAN ISLAM

Ahmad Ibrahim Abu Sina menjelaskan bahawa pengurusan Islam itu mempunyai beberapa prinsip. Di antaranya ialah:

1.Demokrasi
:)Ia membawa maksud jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat mempertahankan
   haknya.

2. Syura
:)Islam mewajibkan agar setiap keputusan yang hendak diambil oleh pihak pengurusan mestilah
   terlebih dahulu diadakan perundingan,perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan.

3. Delegasi
:)Seelah keutusan dibuat maka delegasi ayau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut
   kelayakan,kemahiran dan minat seseorang.


CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
-Keadilan
-Keseimbangan
-ihsan   
-Amal makruf nahi mungkar


PROSES PENGURUSAN

    Satu cara untuk mengetahui proses pengurusan adalah dengan mengenalpasti fungsi-fungsi asas yang bersama-sama mewujudkan proses tersebut. Fungsi ini merupakan asas bagi aktiviti pengurusan pada setiap peringkat pengurusan.





DEFINISI PENTADBIRAN ISLAM

    Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.

Para Sarjana Pengurusan Berpendapatan Bahawa :
“Pentadbiran dan pengurusan memberi pergertian yang sama dari segi pengistilahan.Apabila dibicarakan dalam aspek-aspek pentadbiran tertentu akan dirujuk kepada istilah pengurusan, kerana setiap organisasi atau institusi biasanya mempunyai sistem pengurusannya. Justeru, pengurusan sering dikaitkan dan ditukar pakai dengan istilah pentadbiran”.

a) Ahmad Zaki Badwi:

Pentadbiran membawa maksud menyelaraskan tenaga individu dan Jemaah dengan tujuan mencapai matlamat yang dirancang (merancang,menyusun,mengatur,memberi motivasi,menyelaras,menyampai dan membuat susulan) . Adalah sangat berkait dengan kebolehan pengurusan kerja dan perhubungan pengurusan.

b) Ibnu Khaldun:
·      
1.  
Pentadbiran islam sebagai suatu kegiatan masyarakat dalam menguruskan hal-hal kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat.
· 
 2.
Beliau Berpendapat bahawa pentadbiran adalah suatu konsep asas dalam masyarakat yang bertunjangkan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi ataupun masyarakat.

·      3. Beliau juga menyatakan pentadbiran islam adalah ira sati ad-din wa siyasatun dunya bih (meletakan agama di tempat yang paling tinggi dan mentadbir dunia dengannya)




Disamping itu juga, Dr. S.P Siagian mengklasifikasikan proses pentadbiran kepada tujuh peringkat kegiatan iaitu:
·       1.  Penentuan tujuan yang hendak dicapai, dimana sifat, skop dan bentuk tujuan itu akan menentukan kegiatan yang seterusnya
·       2.  Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan, dimana mencakupi tujuan akhir, strategi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan
·      3.   Perumusan polisi, dimana pimpinan organisasi bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal kearah perlaksanaan
·         4.   Pengambilan keputusan, di mana ia merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran.
·      5     Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan selanjutnya dilaksanakan, atau dengan kata lain dipanggil fungsi pengurusan seperti perancangan, pengendalian, motivasi dan sebagainya.
·     6.   Penilaian semula atau bedah siasat (post mortem), membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan sebelumnya

·      7.   Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas, di mana merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi, perumusan polisi baru, perancangan semula, memperbaiki sistem pengurusan dan sebagainya.

2 ulasan: