Isnin, 22 Februari 2016

MODEL PENGURUSAN ZAMAN RASULULLAH

Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemnya adalah berlandaskan kepadasyariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlahmerupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakansatu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melaluiperantaraan Rasulullah yang dilantik dan sudah tentulah Baginda s.a.w menjadicontoh yang terbaik kepada manusia dalam menguruskan urusan duniawimahupun ukhrawi.
Rasulullah SAW sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpinyang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gayakepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjayamerangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang berlainan iaitu :
i.                    Era Mekah.
ii.                  Era Madinah.

Era Mekah.
   
 A.   
PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN
       DAKWAH

Dakwah secara rahsia

Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwahtelah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya denganNabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai BagindaSAW.Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :-
i.                    Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda)ii.
ii.                  Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)iii.
iii.                Ali bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan dibawah jagaan Baginda)
iv.               Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)


Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannyamelebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilanganmereka di kalangan para ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelarsebagai al-Sabiqun al-Awwalun.Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat. Sepanjangtempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula mengetahuidakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namunmereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwahNabi Muhammad SAW.

Dakwah secara terbuka


Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada beberapa langkah :
1. Memanggil Bani Hashim.
Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin 'Abd Manaf.Sebelum Nabi SAW berucap,Abu Lahab terlebih dahulumemberikan ucapan denganmeremehkan Nabi SAW.
2. Baginda memanggilmereka kali kedua.
   Kali ini,
Abu Talib telah mengatakan
   bahawa sokongan akandiberikan terhadap apa yangdiucapkan oleh Nabi SAW.


Selesai Nabi Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit,
“ Celaka engkau seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?”
Kemudian turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.

2. Terus terang kepada orang ramai (umum)

Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa danmenyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy. Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagaipenyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.

B. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN

Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya. Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
         Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca. Namun pandangan Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar. Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanak-kanak Islam Madinah membaca dan menulis.
         Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh dengan membuat perancangan terhadap pendidikan masyarakat Islam pada masa tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya.

Contoh-contoh perancangan Baginda SAW Dalam Bidang Pendidikan
·        Menyampaikan ilmu Pemdidikan Islam.

Rumah Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yang pertama, iaitu  pada 610M. Galakan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukan sekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti menyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat, di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAW sekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan buta huruf.

·        Perintahkan sahabat belajar menulis

Baginda menyuruh agar setiap seorang pemberi pelajaran kepada keluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalah mengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Quran dan tafsirnya , hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan masalah yang baru berlaku dari satu masa.

·        Galakan kepada kaum perempuan untuk menuntut ilmu

Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya sama-sama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernah mengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isteinya  Sayyidah Hafsah menulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama ada lelaki atau perrempuan.

Perancangan Rasulullah sebelum berhijrah.

 
Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan  kerja telah dilakukan oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu :
i.                    Mengupah Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang yang beragama Islam.
ii.                  Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal pulak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina  Abu Bakar keluar dari rumah mereka. Pada setelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk memberi perkhabaran tentang orang Quraisy.
iii.                Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu ‘Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan mereka minum pada waktu malam.

Era Madinah

Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk, yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi terdiri daripada tiga kabilah iaitu Qainuqa’ , al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan sama ada antara etnik dan kabilah atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala.

Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Rasulullah SAW dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma  masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Membina masjid

Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid dengan harga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas para sahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimen untuk menyatupadukan ummah, sebuah university bagi mengajar soal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untuk kehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dan tempat di mana solat didirikan secara berjemaah.

Program keluarga angkat

Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abad yang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisi yang mempunyai kesan jangka masa panjang dalam menjayakan sesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yang dilakukan oleh nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripada Muhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripada Ansar.

Perjanjian dengan Yahudi

Rasulullah SAW membuat perjanji bertulis dengan yahudi. Dalam perjanji tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiap golongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasan menjalankan syariat agamanya masing-masing dengan dasar saling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajib menjaga dan memelihara  utuhnya kedaulatan kota Madinah serta bersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman dan serangan musuh dari luar kota. Mereka akan menjadikan kota Madinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harus terpelihara kesuciannya.

Aspek-aspek utama Piagam Madinah
-         Pengakuan terhadap Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

-         Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang  tidak terpengaruh dengan apa-apa elemen yang tidak baik dari luar.

-         Semua penduduk hendaklah bersatu-padu, bekerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan negaradari apa-apa dserangan musuh.

-         Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama  masing-masing dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.

-         Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.


Khamis, 18 Februari 2016

KONSEP AL-ISTIKHLAF

KONSEP AL-ISTIKHLAF

Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk menjadi pengurus dunia.
Manusia sebagai makhluk Allah bukan sahaja berperanan sebagai khalifah Allah, malah juga sbagi hamba Allah. Antara penugasan Allah kepada manusia sebagai pengurus dunia, maka terdapat tiga pengurus yang akan dibincangkan iaitu:
1. 
   1.  
Pengurusan sebagai hamba Allah
2.         2. Pengurus sebagai Khalifah Allah
3.         3.Pengurus sebagai saudara sesama islam


Penerangan: PENGURUS SEBAGAI HAMBA ALLAH
Peranan seorang pengurus sebagai hamba Allah lebih menjurus kepada sikap kepada sikap dan kelakuan pengurus ke arah perhubungan secara langsung dengan Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang yang beriman dan baramal soleh. Seorang pengurus islam mesti yakin bahawa Allah amat Maha Mengetahui terhadap segala tindak tanduk dan perlakuan dirinya kerana Allahlah yang mencipta dirinya dan manusia yang lain.
Tugas utama pengurus :
·         Beribadah dengan menyerah seluruh jiwa raganya kepada kepada Allah SWT
·         Bagi menghubungkan dirinya terus dengan Allah SWT,seorang pegurus seperti manusia yang lain wajib menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam.

Penerangan: MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH.
Kedudukan ini meletakkan individu untuk menjaga semua kurniaan Allah S.W.T dalam keadaan keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan kepada diri dan orang lain, kerosakan kepada alam sekitar, pembaziran dan pemborosan, pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli dan lain-lain aktiviti yang seumpama ini adalah dilarang. Status manusia dalam konteks ini diciptakan untuk menjaga kurniaan Allah S.W.T dan bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. Tentang kedudukan manusia sebagai khalifah ini, Allah berfirman yang bermaksud :





Penerangan: PENGURUS SEBAGAI SAUDARA SESAMA ISLAM
·         Peranan pengurus sebagai saudara sesame islam akan memastikan pengurus memperlakukan pekerja sebagai saudara mereka sendiri. Peranan ini jelas disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:

Orang-orang yang bekerja di bawahmu ialah saudaramu. Orang-orang yang bekerja dibawamu sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu . Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memberinya makanan daripada apa yang pakai. Dan para pekerja tidak boleh dibebankan dengan tugas-tugas  di luar daripada kemampuan mereka. Jika anda telah berikan mereka tugas berat,maka anda hendaklah MENOLONG MEREKA”.

Hadis di atas mengandungi dan menghuraikan beberapa implikasi penting dalam perhubungan pengurus dengan pekerja dalam pengurusan islam, antaranya:

1.       Islam mengakui autoriti dan kuasa pengurus untuk memberi arahan dan perintah kepada pekerja,selagi arahan tersebut berada dalam bidang kuasa pengurus, berkaitan dengan kontrak pekerjaan dan yang tidak bertentangan dengan ajaran islam
2.       Pengurus mesti menganggap pekerja sebagai saudara kepadanya.
3.       Seseorang pekerja mempunyai hak asasi yang mesti dipenuhi oleh majikan seperti hak mendapat upah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan minimum seorang pekerja.
4.       Memberi kerja yang sesuai dengan kebolehan dan kelayakan pekerja.

5.       Seorang majikan yang memberikan tugasan yang berat kepada pekerja, perlulah menolong pekerja untuk melaksanakan

IMPLIKASI TAUHID TERHADAP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM

Implikasi Tauhid Terhadap Pengurusan

Sekiranya semangat tauhid dengan kalimah la ilaha illallah ini dijiwai oleh individu muslim dengan sepenuhnya, maka ia akan memberi implikasi yang mendalam kepada kehidupan sehariannya. Secara khususnya, penghayatan konsep tauhid akan memberikan lapan kesan utama terhadap minda, sikap dan perlakuan seseorang muslim.

 Ini kita hubungkaitkan dengan implikasinya terhadap bidang pentadbiran atau pengurusan seperti berikut :

1. Individu muslim akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia akan menjadi seorang pekerja yang beramanah, cekap dan berdisiplin. Dia melihat organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semesta yang tujuan akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

2. Melahirkan insan yang mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang paling tinggi. Dalam organisasi , individu seperti ini akan berani memperkatakan sesuatu yang hak dan benar,walaupun ini boleh menjejas kedudukannya. Walaupun demikian, sekiranya ini perlu dilakukan di hadapan seorang ketua, ia hendaklah dilakukan dengan cara yang hikmah.

3. Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Ia tidak bersikap sombong, angkuh dan bongkak walaupun mempunyai kuasa atau autoriti dalam organisasi. Sikap pekerja atau pengurus seperti ini akan dapat membentuk budaya kerja yang dicirikan oleh semangat hormat-menghormati, prihatin dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

4. Konsep tauhid akan menjadikannya manusia itu orang yang soleh, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Individu tersebut percaya dia tidak akan menempah kejayaan melainkan dia mengikut perintah Allah SWT. Keyakinan seperti ini sudah tentunya akan menjadikan seseorang pekarja atau pengurus itu mengamalkan nilai-nilai murni, amanah dalam tanggungjawab dan rajin serta cekap menjalankan tugas.

5. Tidak akan mudah putus asa apabila berlakunya musibah ataupun kegagalan

6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi

7. Mewujudkan sikap aman, redha dan menghakiskan sikap dengki, tamak haloba dan iri hati.

8. Membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT



Implikasi yang boleh dikaitkan dengan pentadbiran ialah :

1. Individu muslim akan bersifat terbuka, tidak jumud dan sempit pemikirannya

2. Konsep tauhid akan melahirkan insan yang ada harga diri dan keyakinan diri yang begitu tinggi.

3. Semangat tauhid menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri.

4. Pegangan konsep tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh, berani bertindak dan berdiri tegak dengan kebenaran.

5. Orang yang beriman tidak mudah putus asa apabila ditimpa kegagalan.

6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman, dan kesungguhan yang tinggi.

7. Semangat tauhid mewujudkan sikap aman, reda dan menghakis sikap tamak, haloba dan dengki


8. Konsep tauhid membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan Allah.

Rabu, 17 Februari 2016

PERANAN TAUHID SEBAGAI ASAS PENGURUSAN

DEFINISI TAUHID SECARA RINGKAS

Tauhid (bahasa Arab:
توحيد) merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab, "Tauhid" bermaksud "penyatuan", sedangkan dalam Islam, "Tauhid" bermaksud "menegaskan penyatuan dengan Allah". Lawan untuk Tauhid ialah "mengelak daripada membuat", dan dalam bahasa Arab bermaksud "pembahagian" dan merujuk kepada "penyembahan berhala".

Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian Ulama Mentakrifkan Ilmu Tauhid Sebagai Berikut:

"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."
Persoalan ‘Apa itu tauhid?’ seringkali dijawab dengan ayat-ayat yang bermaksud bahawa puncak kenyataan tauhid adalah ucapan kalimah syahadah, dan sering juga berlaku apabila jawapan itu diungkap tanpa sedikit pun mengetahui makna ucapan itu. Jika yang ditanya mempunyai lebih pengetahuan, maka padanya, Tuhan itu ialah yang menciptakan sendiri kerajaan-Nya, dan jawapan yang diberi akan berkait rapat dengan tauhid rububiyah sahaja.



PENGENALAN

Islam adalah sebagai satu cara hidup. Maka dengan itu, ianya tidak dapat dipisahkan dengan paksi Islam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui ‘roh tauhid’ inilah masyarakat jahiliah Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh kesesatan dan kejahilan kepada satu bangsa yang agung dan hebat pada satu ketika dahulu.

KONSEP TAUHID

Sistem Pengurusan Islam merupakan :
·        1. suatu pengurusan yang berasaskan tauhid iaitu satu falsafah yang lengkap berhubung dengan manusia  kehidupannya yang diwahyukan oleh Allah SWT
·        2. Tauhid merupakan paksi kepada Islam. Setiap amalan, peraturan, peribatan dan undang-undang dalam islam adalah berteraskan kepada pancaran cahay tauhid ini.
·         3.Melalui nur tauhid inilah masyarakat Arab Jahiliah bangun daripada kemunduran dan kedurjanaan mereka menjadi satu bangsa yang agung dan perkasa pada suatu ketika.
·        4. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukNya.
·       5.  Konsep tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Keesaan Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia adalah makhluk Allah SWT
·         6.Selain daripada itu, semangat tauhid jugalah telah mencorak akal budi dan pemikiran individu muslim dan membebaskan mereka daripada kepercayaan khurafat,minda yang terbuka,sikap yang tidak rasional,perbuatan yang tidak bertamadun dan amalan-amalan yang regresif
·        7. Konsep ini juga meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta, sementara manusia telah ‘dilantik’ sebagai khalifah Allah di muka bumi ini

TOKOH-TOKOH:
               
Syeikh Ghazali:

Seorang penulis buku perniagaan islam dalam membicarakan falsafah ekonomi islam menegaskan tauhid sebgai satu ukuran dan landasan unggul bagi setiap keputusan dan perancangan yang dilaksanakan”

Tauhid juga merupakan landasan arah dan misi yang dibawa oleh sistem ini, yang setiap sesuatu yang berkaitan dengan perjalanan sistem ini tidak lepas daripada mendahului prinsip-prinsip, nilai-nilai dan segala pertimbangan serta hukum hakam yang menyertai tauhid. Pemahaman tentang tauhid akan menjelaskan kandungan dan intipati pengurusan islam”





Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan makna dan intipati tauhid ini dengan sebenarnya :






KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM

PENGENALAN

  Pengurusan dan pentadbiran adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, islam mempunyai pandangannya tersendiri mengenai perkara tersebut. Pengurusan islam bukanlah satu bentuk pengurusan yang baru muncul tetapi telah lama muncul walaupun bukan dalam bentuk satu institusi kebajikan,syarikat atau organisasi khusus. Sebaliknya ia telah lahir dalam bentuk pengurusan Negara, mepayar dan pembinaan ummah.

KONSEP PENGURUSAN ISLAM

   Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.


PENGERTIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

DEFINISI PENGURUSAN ISLAM

    Pengurusan dan pentadbiran diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

    Pengurus mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh sajana-sarjana pengurusan. Ada kalanya pengurusan dirujuk sebagai satu proses,yang merupakan usaha pengurus merancang dan menggunakan segala keupayaan untuk mencapai matlamat.




     Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi     pengurusan. Di antaranya :
a) Ahmad Ibrahim Abu Sin
     Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi
     Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey
     Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

d) Harold Koontz & Heinz Wienhrich
     Mentakrifkan pengurusan sebagai proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersama-sama dalam kumpulan ,mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. Sebagai pengurus, manusia menjalankan fungsi pengurusan dalam perancangan, mengorganisasi, pengstafan, pemimpinan dan pengawalan.

e) Wan Azmi
    Berpendapatan bahawa pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan  atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.




MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-
   a) Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan        yang baik sesama insan.
   b) Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
   c) Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
   d) Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
   e) Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu :
I. Pengurus
Ii. Organisasi
Iii. Tatacara Atau Garis Panduan Pengurusan.

Definisi pengurusan seperti yang telah dinyatakan menjelaskan beberapa sebab pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi. Antara keperluan pengurusan termasuklah :

·         --> Tanpa pengurusan, sesebuah organisasi tidak mungkin dapat beroperasi
·               dengan lancar dan bersistematik.
·       
-->  
Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan
·                cekap dan pantas.
·         --> Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang
·                    dikehendaki.
·      
  --?>
Pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan.
·         -->Pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah.

Cara Pengurusan Islam:

   Menitikberatkan pengurusan dari aspek politik ,ekonomi, dan social. Kepelbagaian aspek ini telah digabungkan dengan pengurusan islam higga mewujudkan sesebuah organisasi dan individu yang cukup praktikal dalam melakukan sesuatu kerja atau aktiviti seharian.

   Islam sebagai suata cara hidup yang syumul (sempurna) dengan perundangan yang lengkap untuk menguruskan kesemua urusan hidup manusia.Firman Allah SWT bermaksud:
“Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama islam maka sekali-sekali tidaklah akan menerima darinya dan dia di akhirat termasuk golongan orang-orang yang rugi” (Al-Imran : 85)


SISTEM PENGURUSAN ISLAM

Ahmad Ibrahim Abu Sina menjelaskan bahawa pengurusan Islam itu mempunyai beberapa prinsip. Di antaranya ialah:

1.Demokrasi
:)Ia membawa maksud jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat mempertahankan
   haknya.

2. Syura
:)Islam mewajibkan agar setiap keputusan yang hendak diambil oleh pihak pengurusan mestilah
   terlebih dahulu diadakan perundingan,perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan.

3. Delegasi
:)Seelah keutusan dibuat maka delegasi ayau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut
   kelayakan,kemahiran dan minat seseorang.


CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
-Keadilan
-Keseimbangan
-ihsan   
-Amal makruf nahi mungkar


PROSES PENGURUSAN

    Satu cara untuk mengetahui proses pengurusan adalah dengan mengenalpasti fungsi-fungsi asas yang bersama-sama mewujudkan proses tersebut. Fungsi ini merupakan asas bagi aktiviti pengurusan pada setiap peringkat pengurusan.





DEFINISI PENTADBIRAN ISLAM

    Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.

Para Sarjana Pengurusan Berpendapatan Bahawa :
“Pentadbiran dan pengurusan memberi pergertian yang sama dari segi pengistilahan.Apabila dibicarakan dalam aspek-aspek pentadbiran tertentu akan dirujuk kepada istilah pengurusan, kerana setiap organisasi atau institusi biasanya mempunyai sistem pengurusannya. Justeru, pengurusan sering dikaitkan dan ditukar pakai dengan istilah pentadbiran”.

a) Ahmad Zaki Badwi:

Pentadbiran membawa maksud menyelaraskan tenaga individu dan Jemaah dengan tujuan mencapai matlamat yang dirancang (merancang,menyusun,mengatur,memberi motivasi,menyelaras,menyampai dan membuat susulan) . Adalah sangat berkait dengan kebolehan pengurusan kerja dan perhubungan pengurusan.

b) Ibnu Khaldun:
·      
1.  
Pentadbiran islam sebagai suatu kegiatan masyarakat dalam menguruskan hal-hal kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat.
· 
 2.
Beliau Berpendapat bahawa pentadbiran adalah suatu konsep asas dalam masyarakat yang bertunjangkan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi ataupun masyarakat.

·      3. Beliau juga menyatakan pentadbiran islam adalah ira sati ad-din wa siyasatun dunya bih (meletakan agama di tempat yang paling tinggi dan mentadbir dunia dengannya)




Disamping itu juga, Dr. S.P Siagian mengklasifikasikan proses pentadbiran kepada tujuh peringkat kegiatan iaitu:
·       1.  Penentuan tujuan yang hendak dicapai, dimana sifat, skop dan bentuk tujuan itu akan menentukan kegiatan yang seterusnya
·       2.  Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan, dimana mencakupi tujuan akhir, strategi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan
·      3.   Perumusan polisi, dimana pimpinan organisasi bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal kearah perlaksanaan
·         4.   Pengambilan keputusan, di mana ia merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran.
·      5     Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan selanjutnya dilaksanakan, atau dengan kata lain dipanggil fungsi pengurusan seperti perancangan, pengendalian, motivasi dan sebagainya.
·     6.   Penilaian semula atau bedah siasat (post mortem), membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan sebelumnya

·      7.   Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas, di mana merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi, perumusan polisi baru, perancangan semula, memperbaiki sistem pengurusan dan sebagainya.